1.PENGENALAN
2.KEPENTINGAN RAJA BERPELEMBAGAAN
3.MAJLIS RAJA-RAJA
4.FUNGSI RAJA-RAJA
5.BUDI BICARA MAJLIS RAJA-RAJA
6.YANG DIPERTUAN AGONG
7.SISTEM PEMILIHAN
8.KESIMPULAN
PENGENALAN
Raja berpelembagaan adalah satu sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia.Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan Persekutuan malaysia dan juga atas nasihat Perdana Menteri .Juteru baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan pertimbangan atau budi bicara baginda dalam membuat keputusan .
KEPENTINGAN RAJA BERPERLEMBAGAAN
- Raja berpelembagaan merupakan tonggak keagunggan kerajaan malaysia sejak merdeka sehingga kini .YDPA merupakan ketua utama negara .
- Raja berpelembagaan merupakam simbol keutuhan dan perpaduan rakyat disamping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja .
- Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan orang melayu .YDPA merupakan ketua agama Islam bagi negeri Pulau Pinang , Melaka , Wilayah Persekutuan , Sarawak dan Sabah.
- Dapat melindungi hak asasi rakyat serta mewujudkan kecekapan pemerintahan. Corak pemerintahan menjadi lebih sistematik.
- Pembangunan negara menjadi lebih pantas ke arah globalisasi. Konsep ini juga dapat menjamin keadilan dan keharmonian negara
MAJLIS RAJA-RAJA
- Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara formalnya pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan
- Sebelum Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan sembilan Negeri-negeri melayu dan dua Negeri-negeri selat (British Straits Settlements) telah ditadbir sebagai Malayan Union.
- Malayan Union menggantikan Pentadbiran Tentera British (British Militry)
- Negeri-negeri di Semenanjung diperintah secara berlainan, iaitu terdapat 5 negeri melayu yang tidak bergabung (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor)
- Empat lagi pula bergabung sebagai Negeri-negeri Melayu bersekutu (Federated Malay States) terdiri daripada Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan antara tahun 1896 dan 1941.
- Tiga Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
- Negeri-negeri Melayu Bersekutu menganjurkan Durbar, iaitu forum bersama antara Raja-raja dan pihak pentadbir British yang bermesyuarat dari masa ke masa.
FUNGSI RAJA-RAJA
Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana majlis ini merupakan satu-satunya instiusi yang sedemikian rupa wujud didunia pada masa ini. Apabila Negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut;
- Memilih YDPA dan Timbalan bagi Persekutuan mengikut peruntukan Jadual ketiga.
- Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan.
- Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman dibawah fasal (12) perkara 42
- Majlis Raja-Raja menimbnagkan perkara-perkara mengenai dasar Negara.
- YDPA hendaklah disertai oleh Perdana Menteri dan raja-raja lain serta para Yang di-pertuan Negeri disertai oleh Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
BUDI BICARA MAJLIS RAJA-RAJA
Anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas;
- Memilih atau memecat YDPA daripada jawatannya atau memilih Timbalan YDPA bagi Persekutuan.
- Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.
- Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri atau menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja.
- Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan.
- Perlantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182.
SISTEM PEMILIHAN
↓
1.Hanya Raja-Raja sahaja boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih.
↓
2.Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi.
↓
3) Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, seorang Raja yang lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan yang lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai proksi.
Yang Di-Pertuan Agong
Ibni
Al-Marhum Tuanku Muhammad
Shah Al-Haj Ibni
Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman
Shah
Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Al-Marhum Tuanku Ismail
Nasiruddin
Shah Ibni Al-Marhum
Sultan Zainal Abidin
Tuanku Ahhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah
Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf
Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Al-Marhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan
Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan
Mahmud Al-Muktafi Billal Shah
Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah
Ibni Almarhum Sultan Badlishah
KESIMPULAN
Kesimpulannya fungsi Raja-Raja dan YDPA mempunyai peranan yang penting dalam hal-hal yang berkaitan dengan Negara. Kebanyakan negara-negara yang ada diseluruh dunia yang pada masa dahulu mempunyai Sultan atau Raja kini lenyap institusi beraja itu dan kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghargai dan berbangga kerana masih mempunyai Sultan atau Raja yang dilihat sebagai simbol perpaduan di dalam negara.













